Thursday, 15 January 2009

Catatan untuk anak-anak Palestin

Lama sudah aku tidak menulis atau menyambung cerita ku. Tuntutan hidup seharian, menyebabkan aku keletihan bila pulang ke rumah. Tidak ada masa terluang untuk aku mencurahkan ingatan ku di blog ini.

Ah...semua itu tidak penting. Ia hanyalah kenangan lama. Selagi otak ku masih boleh berfikir, bila-bila pun aku boleh mencatatnya. Bila aku kelapangan, akan ku coretkan lagi kisah-kisah silam ku.

Tetapi hari ini, kita tidak ada masa untuk mengingat kisah-kisah silam. Kisah-kisah silam ini hanya indah diingati bila masa-masa santai. Tapi hari ini saudara-saudara ku menderita di bumi Gaza. Masakan aku boleh bersantai mengingat kisah-kisah lampau.

Mereka sedang bertarung dengan maut sekarang. Tidak ada waktu untuk mengingat kesah-kisah lampau. Fikiran mereka berkecamuk antara hidup dan mati. Maut menunggu mereka dimana-mana. Kisah lampau mereka hanya derita,darah dan air mata.

Saudara-saudara ku di Gaza, aku mohon maaf kepada mu kerana tidak dapat membantu. Kita terpisah oleh batas-batas sempadan negara yang dipaksakan. Kalau pun terdaya untuk ku membantu, hanya sekadar seringgit dua yang ku titipkan melalui tabung-tabung bantuan.

Sayu hati ku melihat kamu berkejar ke sana ke mari mencari perlindungan dari peluru-peluru Yahudi gila itu. Sebak hati ku melihat tubuh kaku anak-anak yang belum tahu apa-apa.

Hanya doa sahaja yang dapat ku kirim;

Allah hum ma
In na naj aluka
Fi nu hu ri 'aq da ina
Wa na 'u zu bika min syuru rihim.

Allah hum ma
Bad did syam lahum
Wa far riq jam ahum
Wa syat tit kalima tahum
Wa zal zil 'aq da mahum
Wa sal lit 'alai him
Qal ban min Qilab

Ya Qahar
Ya Jabbar
Ya Muntaqin
Ya Allah
Ya Allah
Ya Allah

Allah hum ma
Ya munzilal kitab
Wa ya muj ria sahab
Wa ya ha zamal ahzab
Ih zim hum
Wan sur na
'Alai him

3 comments:

  1. Salam saudara,

    Kita yang jauh ini amat sedih kerana tidak dapat membantu. Amat terluka melihat anak-anak kecil menjadi kaku. Amat terhina bila Israil Jahannam mejarah bumi Islam sesuka hati.

    Tetapi,

    Manusia yang dekat dengan mereka, sebangsa dengan mereka, seagama dengan mereka, apakah mereka buat untuk membantu? Apakah buta perasaan mereka? Apakah hilang kewarasan otak mereka? Apakah tuli telinga mereka untuk mendengar raung tangis anak-anak kecil yang merana? Kalau begitulah keadaannya, mereka semua adalah haiwan yang berpakaian!

    ReplyDelete
  2. cahaya,mountdweller,
    terima kasih datang menjenguk ke blog saya. Sama-samalah kita berdoa ada rakyat Palestin dibebaskan dari azab yang berpanjangan itu.

    ReplyDelete