Sejak akhir-akhir ini kita sering diberitakan mengenai artis-artis yang bercerai berai. Ada yang baru berkahwin 1 tahun, ada yang baru bernikah 3 tahun, ada yang telah beranak 3 dan ada pula yang baru 2 minggu berkahwin.
Banyaklah janda-janda muda yang cun-cun yang terdiri dari artis-artis sekarang ini. Cuma yang malangnya, ekonomi sekarang ini tidak berapa elok. Jadi kuranglah "Datuk-Datuk baru" dipasaran yang boleh memikat janda-janda ini.
Saya pun hairan, kenapalah terlalu mudah mahligai yang dibina itu runtuh berkecai. Apakah asas pembinaannya tidak kukuh atau ada orang lain yang datang merobohkannya?
Kalau dilihat semasa majlis pertunangan mereka, bukan main hebat. Kalau bulan dan bintang itu boleh dicapai, tentu bulan dan bintang jadi hantarannya. Kalau majlis perkahwinan itu boleh dibuat dikayangan, pasti mereka akan melakukannya di sana.
Tetapi apalah gunannya semua itu digembur-gemburkan, sedangkan ilmu melayari kehidupan berumah tangga terlalu dangkal sekali. Tidak usahlah kita berbicara pasal agama. Berbicara soal kemanusiaan dan adat pun, rasanya mereka ini terlalu dangkal
Memang soal jodoh itu ditangan Tuhan. Begitu juga soal rezeki, juga ditangan Tuhan. Apakah nasi akan datang ke mulut kita, bila kita lapar?
Begitu juga soal jodoh. Apakah jodoh itu boleh kekal kalau kita tidak berusaha untuk mengekalkannya?
Jadi jangan soal jodoh itu dijadikan jawapan kepada keruntuhan rumah tangga kita.
Salam sdr. Totang,
ReplyDeleteBukankah di dalam semua urusan adalah tertakluk di dalam urusan Allah?
jodoh ajal maut seme Allah yang tentukan kite manusia nie dapat merancang je.... kite nie manusia yang lemah... segala yang kita rancangkan 2 x same gn ape yang Allah dh tentu kan
ReplyDelete