tag:blogger.com,1999:blog-16498015090113943372024-03-13T13:29:14.824-07:00TOTANGmenongkah arus untuk hidupTOTANGhttp://www.blogger.com/profile/07754553165851078994noreply@blogger.comBlogger11125tag:blogger.com,1999:blog-1649801509011394337.post-88185012832282334212009-04-22T08:16:00.000-07:002009-04-22T10:04:44.923-07:00Buah Hatiku GROHuh...bersawang......

Entah berapa bulan aku tidak menjenguk di blog ku ini. Betullah aku ini bukan dari jenis yang berbakat untuk menulis dan berkarya. Kalau menulis dan berkarya ini untuk cari makan, alamat kebulurlah aku.....

Siang tadi aku bertemu dengan seorang kawan lama. Sama-sama belajar, sama-sama tinggal di rumah bujang, sama-sama merambu, sama-sama ke disko dan sama-sama huha-huha semasa muda-muda dulu. Sekarang pun belumlah tua sangat, tapi untuk masuk disko tu, rasanya dah tak tergamak dah....

Kebetulan hari ini kami mempunyai tujuan yang sama, iaitu memperbaharui pasport. Aku melakukannya kerana mahu menghantar anak belajar di luar negara dan dia memperbaharuinya kerana mahu ke luar negara untuk mengikuti latihan kerja. Barangkali untuk naik pangkat lagi.

Kawan ku ini seorang tentera. Aku lihat di bahunya ada dua bintang. Aku tidak tahu apa nama pangkatanya, cuma yang aku tau kalau sudah pakai bintang tu, kira orang besarlah dalam tentera.

Selesai sahaja kerja-kerja kami memperbaharui pasport, kami bersetuju untuk makan tengahari bersama. Banyak perkara yang mahu kami bualkan. maklumlah sudah hampir lapan tahun kami tidak berjumpa.

Tajuk pertama yang kami bualkan ialah bertanyakan soal teman-teman perempuan masa muda-muda dulu. Masa itu masing-masing ada "buah hati". "Buah hati" kami itu berkerja sebagai GRO di sebuah pusat hiburan di Kuala Lumpur.

Aku katakan pada teman ku itu, "sejak kamu pindah ke Labuan, aku pun jarang-jarang pergi ke pusat hiburan tu". Dua tiga bulan lepas tu, aku pun tidak lagi berhubung dengan mereka dan sampai sekarang aku pun tidak pernah lagi dengar berita mereka, entah hidup entah tidak.

"Kamu pula bagaimana?" aku bertanya.

"Sejak pindah ke Labuan, aku pun dah buang perangai gila tu", aku dah taubat dah..
"Kalau boleh aku tak mahu lagi terjebak dengan kerja gila tu", tambahnya lagi.

"Menghabiskan duit sahaja, kalau congak-congak balik rasanya duit yang kita taburkan pada GRO tu boleh beli rumah sebiji", aku menambah.

"Bangang, nak jadi hero konon"...... kawan ku menempelak

Kami ketawa berdekah-dekah sehingga mencuri perhatian pelanggan-pelanggan lain bila mengenangkan kebodohan kami masa itu.

Apa tak bangangnya, dia orang kerja kat situ dapat gaji. Dahlah makan, minum, rokoknya kita bayar, bila nak balik bagi tip lagi. Kadang-kadang tu GRO ni mengadu pulak nak pinjam duit. Mak sakitlah kat kampung, rumah sewa tak bayarlah, talipon kena potonglah, adek nak masuk sekolahlah dan seribu satu macam alasan lagi.

Yang sijantan tak sedar diri ni, berkejarlah hantar duit kat "buah hati" konon....

Belakang kita dia peluk jantan lain, gunakan ayat yang sama.

Tapi kita tidak boleh salahkan mereka kerana memang begitu cara mereka cari makan.

Tanpa kami sedari, jam telah menunjukkan hampir pukul 3.00 petang. Tidak terasa masa berlalu begitu pantas. Tidak puas kami bercerita mengenangkan cerita-cerita lama. Walaupun sekarang ini kami anggap perbuatan itu satu kebodohan tetapi disebaliknya terdapat cerita-cerita indah yang hingga sekarang masih menjadi kenangan manis buat kami.TOTANGhttp://www.blogger.com/profile/07754553165851078994noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-1649801509011394337.post-62328892678635583542009-02-27T08:08:00.000-08:002009-02-27T08:47:49.030-08:00Jodoh pertemuan ditangan tuhan
Sejak akhir-akhir ini kita sering diberitakan mengenai artis-artis yang bercerai berai. Ada yang baru berkahwin 1 tahun, ada yang baru bernikah 3 tahun, ada yang telah beranak 3 dan ada pula yang baru 2 minggu berkahwin.

Banyaklah janda-janda muda yang cun-cun yang terdiri dari artis-artis sekarang ini. Cuma yang malangnya, ekonomi sekarang ini tidak berapa elok. Jadi kuranglah "Datuk-Datuk baru" dipasaran yang boleh memikat janda-janda ini.

Saya pun hairan, kenapalah terlalu mudah mahligai yang dibina itu runtuh berkecai. Apakah asas pembinaannya tidak kukuh atau ada orang lain yang datang merobohkannya?

Kalau dilihat semasa majlis pertunangan mereka, bukan main hebat. Kalau bulan dan bintang itu boleh dicapai, tentu bulan dan bintang jadi hantarannya. Kalau majlis perkahwinan itu boleh dibuat dikayangan, pasti mereka akan melakukannya di sana.

Tetapi apalah gunannya semua itu digembur-gemburkan, sedangkan ilmu melayari kehidupan berumah tangga terlalu dangkal sekali. Tidak usahlah kita berbicara pasal agama. Berbicara soal kemanusiaan dan adat pun, rasanya mereka ini terlalu dangkal

Memang soal jodoh itu ditangan Tuhan. Begitu juga soal rezeki, juga ditangan Tuhan. Apakah nasi akan datang ke mulut kita, bila kita lapar?

Begitu juga soal jodoh. Apakah jodoh itu boleh kekal kalau kita tidak berusaha untuk mengekalkannya?

Jadi jangan soal jodoh itu dijadikan jawapan kepada keruntuhan rumah tangga kita.

TOTANGhttp://www.blogger.com/profile/07754553165851078994noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-1649801509011394337.post-26892647383067214272009-01-28T12:42:00.000-08:002009-01-28T13:34:58.526-08:00Perempuan terakhir.....Sampainya aku di rumah, jam telah pun menunjukkan pukul 6.30 petang. Biasanya dari Sabak Bernam ke rumah ku, hanya mengambil masa dua setengah jam sahaja. Tetapi hari ini tiga jam setengah baru aku sampai di rumah. Mungkin kereta terlalu banyak kerana cuti Hari Raya Cina.

Aku sandarkan badan ku di sofa bagi melepasan lelah mengharungi perjalanan tadi. Terasa sangat letihnya. Sejak aku meninggalkan kampung dua puluh tahun yang lalu, jarang sekali aku memegang batang cangkul. Aku tidak ingat bila kali terakhir aku memegangnya.

Tetapi kerja-kerja membina pusara atuk pagi tadi benar-benar meletihkan. Mungkin usia ku yang semakin meningkat membuatkan aku jadi begitu.

Dalam redup petang aku melayani keletihan badan ku. Keadaan keliling agak sepi. Mungkin jiran-jiran pulang ke kampung atau bercuti di tempat lain. Dari jauh kedengaran sayup-sayup alunan lagu The way It use to be yang didendangkan oleh Engelbert Humperdic.

Lagu itu memang lagu kegemaran ku, malahan aku hafal senikatanya hingga sekarang. Seni katanya benar-benar menusuk jiwa ku.

Alunan lagu itu membongkar kisah silam ku sedikit demi sedikit. Wajah genit gadis Iban yang pernah ku puja satu ketika dulu bermain-main di fikiran ku. Sampai sekarang aku tidak pernah melupakan wajah itu. Tetap kekal, tetap subur diingatan. Alunan lagu ini menambahkan lagi pilu di hati bila mengenangkan saat manis bersamanya.

Aku tidak tahu di mana dia sekarang. Sudah begitu lama aku tidak menghubunginya. Mungkin dia telah pulang ke Sarawak atau mungkin masih lagi di Ibu Kota. Dia juga tidak lansung menghubungi aku. Mungkin kami telah berjaya memadamkan kisah-kisah silam yang sememangnya mahu kami lupakan.

Pertemuan yang tidak dirancang tetapi terjalin begitu akrab. Melalaikan kami bertahun-tahun tanpa ada penghujung. Pertemuan kami telah melewati masa. Masing-masing punya tanggung jawab untuk dilaksanakan. Akhirnya jiwa yang menjadi korban, menanggung derita berpanjangan.
TOTANGhttp://www.blogger.com/profile/07754553165851078994noreply@blogger.com4tag:blogger.com,1999:blog-1649801509011394337.post-50346602477782793802009-01-27T17:07:00.000-08:002009-01-27T18:14:47.169-08:00Khidmat terakhir untuk atuk...

Semalam genaplah 3 bulan atuk telah meninggalkan dunia ini. Semalam juga aku telah berada di kampung bagi melengkapkan khidmat ku kepada atuk. Selepas pengebumiannya dulu, kami hanya memacak dahan pokok kemboja sebagai tanda di pusaranya.

Bulan lepas telah ku tempahkan sepasang batu nisan yang dibuat dari marmar putih. Sebuah kotak yang dibuat dari batu tarazzo untuk dijadikan dinding pusaranya. Orang kampung ku memanggilnya "galang dapur". Aku pun tidak pernah ambil pusing dengan perkataan itu, apa makna sebenarnya.

Ada orang berpendapat, membuat binaan di pusara adalah khurafat. Ada setengah pendapat kata haram. Ada pula kata harus kalau ianya tidak terlalu besar. Pendek kata bermacam-macam pendapat yang boleh kita dengar menenainya. Tetapi orang yang berkemampuan terus membuat binaan di pusara-pusara keluarga mereka termasuk aku sendiri.

Aku tidak mahu membahaskan soal hukumnya. Tetapi aku pernah mendengar pendapat dari Al-marhum Tuan Guru Yahya Joneed. Dia kata tanah perkuburan adalah tanah wakaf. Kalau kita membuat binaan besar-besar, nanti kita akan mengambil hak orang lain yang juga akan mengunakan tanah wakaf itu.

Aku membuatnya binaan di pusara atuk hanyalah sekadar sebesar lubang kuburnya sahaja. Kalau pun aku tidak membuat binaan di atas tapak itu, tapak itu pun tidak digunakan buat masa ini. Sekiranya orang mahu menggunakannya di masa akan datang, orang boleh membuang binaan itu kerana ianya tidak berbentuk kekal.

Seawal pagi aku telah turun ke tanah wakaf bersama beberapa orang sepupu ku. Pusara atuk kami ratakan untuk meletakkan landasan bagi membolehkan kotak tarazo itu diletakkan. Tanah yang menimbus jasad atuk dahulu belum padat betul. Jadi kerja-kerja kami menjadi semakin mudah.

Sambil berkerja itu aku katakan kepada sepupu-sepupu ku. Masa atuk hidup dahulu tidak pernah dia tinggal di rumah batu tetapi bila dia sudah mati, kita buatkannya rumah batu siap berdinding tarazo dan batu marmar.

Menyebut rumah batu, masih terbayang aku wajah kegembiraan atuk semasa dia datang ke rumah emak kira-kira 10 tahun yang lalu. Dia datang kerana emak mengadakan kenduri kesyukuran kerana memasuki rumah baru yang baru aku buatkan untuknya. Selepas kenduri itu, sebulan atuk tinggal bersama emak.

Emak kata, selama sebulan dia tinggal dengan emak, tidak habis-habis dia memuji aku kerana membuatkan emak sebuah rumah batu. Atuk kata, sejuk perut emak mengandungkan aku.

Sebenarnya memang sejak dari kecil aku telah menanam cita-cita untuk membuatkan emak dan ayah ku sebuah rumah batu yang besar, setelah aku bekerja nanti. Mungkin kerana kemiskinan hidup keluarga ku, aku berazam sedemikian rupa. Alhamdulillah doa dan cita-cita ku dimakbulkan tuhan kerana memberikan rezeki yang lebih kepada ku.

Tanpa aku sedari matahari telah pun meninggi. Terasa perit belakang kami terkena pancaran matahari. Binaan di pusara atuk hampir siap. Selepas ini kami kena pulang semula ke rumah Pak Usu kerana ada majlis tahlil untuk arwah atuk.

Setelah semuanya selesai kami meniggalkan pusara atuk. Tinggallah atuk di rumah barunya yang tidak dapat dia dirasakan kenikmatannya.

Atuk masa ini sedang mereput dibaham oleh cacaing-cacing dan ulat. Yang tinggal hanyalah dua batu nisan yang mencatatkan tarikh lahir dan tarikh matinya.

Selepas dari ini mungkin hari raya nanti baru ada orang yang akan datang melawatnya atau sesekali mungkin Pak Usu akan singgah sebentar kalau orang-orang kampung yang meninggal.

Sampainya kami di rumah Pak Usu, tetamu telah pun memenuhi anjung rumah. Bacaan tahlil dan doa dimulakan. Selepas usai semuanya, aku bersiap-siap untuk pulang semula ke kota bagi meneruskan hidup yang masih jauh ini.
TOTANGhttp://www.blogger.com/profile/07754553165851078994noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1649801509011394337.post-12191897021103742782009-01-20T08:16:00.000-08:002009-01-20T09:07:13.397-08:00The way it use to be....

Lonely table just for one

In a bright and crowded room

While the music has begun

I drink to memories in the gloom

Though the music still the same

It has a bitter sweet refrain

So play the song the way it use to be

Before she left and chang it all to sadness

And maybe if she's passing by the window

She will hear our love song

And the melody....

And even if the word are not so tender

She will always to remember

the way it use to be...

Friends stop by and say hello...

and I 'll laugh and hide the pain

It's quite easy till they go....

and the song begain again
TOTANGhttp://www.blogger.com/profile/07754553165851078994noreply@blogger.com4tag:blogger.com,1999:blog-1649801509011394337.post-67993142486488362772009-01-19T08:33:00.000-08:002009-01-19T09:57:40.449-08:00Antara hati dan fikiran......... Sudah terlalu lewat waktu ini. Sudah hampir 12.30 pagi. Tetapi mata ku masih belum kelat. Fikiran ku merawang-rawang entah kemana. Aku cuba mengingatkan sesuatu supaya fikiran ku tidak jauh merawang-rawang. Aku mahu meletihkan mata agar ianya boleh terlelap.

Tiba-tiba wajahnya mengawang-awang difikiran ku. Aku tersentak seketika...Aku cuba melarikan tumpuan dengan memikir perkara-perkara lain. Aku tidak mahu wajah itu datang dalam hidup ku lagi. Telah bertahun-tahun aku cuba melupakannya. Sekarang aku telah punya kekuatan untuk tidak mengingatinya lagi.

Aku alihkan fikiran ku pada anak-anak Palestin yang sedang menderita sekarang ini. Aku bayangkan mereka mundar mandir dicelah-celah runtuhan bangunan mencari sesuatu untuk disuap bagi mengalas perut.

Aku cuba bayangkan tangan-tangan dan kaki-kaki kudung yang berlumuran darah. Aku bayangkan raungan ibu-ibu yang kehilangan anak dan aku bayangkan muntahan peluru-peluru Israel meratah tubuh-tubuh rakyat Palestin. Semuanya menggerunkan. Semuanya mengerikan.

Tetapi wajah tadi tetap mengintai-intai ruang fikiran ku. Dia menanti-nanti ruang yang kosong. Ia seolah-olah mahu aku melupakan penderitaan rakyat palestin buat sementara. Dia seperti mahu aku melayani kedatangannya.

Tetapi hati ku berkeras tidak mahu melayani wajah itu. Hati ku benar-benar telah terluka dengan wajah itu. Bertahun-tahun dia menanggung derita kerana wajah itu. Sekarang deritanya telah hampir sembuh. Dia tidak mahu luka yang sedang berparut muda itu, berdarah kembali.

Seminggu dua atau sebulan dua lagi, luka-luka anak Palestin itu akan kembali sembuh tetapi luka hati ku telah hampir tujuh tahun tetapi masih lagi terasa sakitnya. Terlalu sukar untuk menyembuhkannya. Sebab itu hati ku benar-benar tidak mahu wajah itu melintasi fikiran ku.

Tetapi fikiran ini nakal. Dia mahu wajah itu datang lebih dekat lagi. Dia tidak kisah untuk melupakan anak-anak Palestin itu buat sementara. Dia mahu memberi ruang kepada wajah itu untuk bertandang walau seketika. Dia mahu mengingat kisah-kisah manis masa-masa yang lalu.

Terlalu indah saat-saat itu. Aku tahu itulah saat yang paling gembira dalam hidup ku. Kalau boleh aku sendir mahu keadaan itu terus kekal. Tapi apakan daya, tuhan telah merencanakan yang lain.....

Hati dan fikiran ku berperang buat seketika. Hati ku tidak mahu wajah itu datang mengganggu lagi tetapi fikiran ku amat menginginkan wajah itu bertandang sebentar. Sudah terlalu lama ianya tidak datang terasa pula rindunya.

Hati ku juga memang merasakan kerinduan itu tetapi ia tahu, melayani kedatangan wajah itu bukanlah boleh mengubat hati yang rindu selama ini, tetapi kehadirannya akan menambahkan sengsara kepada jiwa yang telah bertahun-tahun menderita.

Sementara hati dan fikiran ku sedang berperang untuk mencari kata putus, wajah itu melayang-layang kian jauh dan akhirnya aku terlena hingga subuh. Aku terjaga dari tidur mendengar nama Allah sayup-sayup dilaungkan.

TOTANGhttp://www.blogger.com/profile/07754553165851078994noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1649801509011394337.post-82231395591630353862009-01-15T08:28:00.000-08:002009-01-15T11:35:47.705-08:00Catatan untuk anak-anak PalestinLama sudah aku tidak menulis atau menyambung cerita ku. Tuntutan hidup seharian, menyebabkan aku keletihan bila pulang ke rumah. Tidak ada masa terluang untuk aku mencurahkan ingatan ku di blog ini.

Ah...semua itu tidak penting. Ia hanyalah kenangan lama. Selagi otak ku masih boleh berfikir, bila-bila pun aku boleh mencatatnya. Bila aku kelapangan, akan ku coretkan lagi kisah-kisah silam ku.

Tetapi hari ini, kita tidak ada masa untuk mengingat kisah-kisah silam. Kisah-kisah silam ini hanya indah diingati bila masa-masa santai. Tapi hari ini saudara-saudara ku menderita di bumi Gaza. Masakan aku boleh bersantai mengingat kisah-kisah lampau.

Mereka sedang bertarung dengan maut sekarang. Tidak ada waktu untuk mengingat kesah-kisah lampau. Fikiran mereka berkecamuk antara hidup dan mati. Maut menunggu mereka dimana-mana. Kisah lampau mereka hanya derita,darah dan air mata.

Saudara-saudara ku di Gaza, aku mohon maaf kepada mu kerana tidak dapat membantu. Kita terpisah oleh batas-batas sempadan negara yang dipaksakan. Kalau pun terdaya untuk ku membantu, hanya sekadar seringgit dua yang ku titipkan melalui tabung-tabung bantuan.

Sayu hati ku melihat kamu berkejar ke sana ke mari mencari perlindungan dari peluru-peluru Yahudi gila itu. Sebak hati ku melihat tubuh kaku anak-anak yang belum tahu apa-apa.

Hanya doa sahaja yang dapat ku kirim;

Allah hum ma
In na naj aluka
Fi nu hu ri 'aq da ina
Wa na 'u zu bika min syuru rihim.

Allah hum ma
Bad did syam lahum
Wa far riq jam ahum
Wa syat tit kalima tahum
Wa zal zil 'aq da mahum
Wa sal lit 'alai him
Qal ban min Qilab

Ya Qahar
Ya Jabbar
Ya Muntaqin
Ya Allah
Ya Allah
Ya Allah

Allah hum ma
Ya munzilal kitab
Wa ya muj ria sahab
Wa ya ha zamal ahzab
Ih zim hum
Wan sur na
'Alai himTOTANGhttp://www.blogger.com/profile/07754553165851078994noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-1649801509011394337.post-90453053413456579202008-12-31T07:04:00.000-08:002008-12-31T07:55:57.387-08:00Aku Sampai Di rumah Pak Usu

Walaupun hari telah beransur senja tetapi matahari masih lagi memancarkan cahayanya. Terik panasnya masih terasa. Kalau kereta tidak ada penghawa dingin tentu badan basah kuyup dimandi peluh.

Setengah jam lagi sampailah aku ke rumah Pak Usu. Mungkin orang-orang tengah sebuk menyiapkan persediaan untuk keduri dan mungkin juga sedang sebuk menyediakan makanan untuk malam nanti. Tentu malam ini rumah Pak Usu akan penuh tetamu yang terdiri dari anak cucunya dan juga anak-anak saudaranya yang akan pulang dan setengahnya telah pun pulang.

Aku dapat bayangkan betapa girangnya Pak Usu menyambut kedatangan saudara-saudara yang pulang terutama anak-anak cucunya. Bukannya mudah untuk dapat berkumpul beramai-ramai begini. Malahan pada hari raya pun belum tentu dapat menghimpunkan semunya kerana kadang-kadang ada antara mereka yang tidak pulang ke kampung tetapi pergi beraya di rumah mertua.

Seingat ku hanya sekali kami pernah berhimpun beramai-ramai iaitu kira-kita sepuluh tahun yang lalu. Hari itu hari raya haji. Aku menyumbangkan seekor lembu untuk dikorbankan. Kami cuba untuk melakukannya pada tahun-tahun berikutnnya tetapi tidak berjaya. Maklumlah kalau sudah jauh-jauh ini payah untuk mendapat kata sepakat.

Kalau pertemuan sepuluh tahun dulu, atuk masih ada dan dialah satu-satunya yang merupakan tunggak dalam keluarga kami. Tetapi hari ini atuk sudah tidak ada. Yang paling tua dalam keluarga kami sekarang ialah Mak Long. Mak Long pun sekarang sudah tidak tinggal di kampung sejak suaminya meninggal tiga tahun yang lalu. Dia sekarang duduk dengan anak-anak di Kuala Lumpur.

Di kampung hanya tinggal Mak Ngah dan Pak Usu sahaja. Rumah Mak Ngah bersebelahan dengan rumah Pak Usu. Mak Ngah pun tinggal dengan anaknya kerana suaminya telah lama meninggal dunia. Seingat ku suami Mak Ngah meninggal, semasa umur ku baru lapan tahun. Aku masih ingat lagi beberapa hari sebelum suami Mak Ngah yang aku panggil Pak Teh meninggal, aku bersama aruah ayah datang melawatnya. Emak masa itu tidak dapat datang kerana masih dalam pantang kerana baru melahirkan adik ku.

Simpang ke pekan Sabak Bernam telah pun aku lewati. Ini bererti dalam dua kilometer lagi sampailah aku di rumah Pak Usu. Aku kena memperlahankan kereta takut terlepas pula rumah Pak Usu nanti, maklumlah jarang-jarang balik. Jam telah menunjukkan pulul 5.30 petang.
TOTANGhttp://www.blogger.com/profile/07754553165851078994noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1649801509011394337.post-85305344331321733402008-12-21T02:50:00.000-08:002008-12-21T04:15:04.747-08:00Aku Mahu Hantar Atuk Ke Mekah 2Setelah sepuluh tahun ayah dan emak pergi ke Mekah, aku masih tidak dapat menghantar atuk untuk ke sana. Umurnya pun telah menjangkau 95 tahun tetapi dia tetap sehat dan kuat. Dalam masa 10 tahun itu bukanlah aku tidak berduit sangat tetapi untuk menghantar atuk ianya memerlukan seseorang untuk menemaninya. Maklumlah umurnya telah begitu lanjut. Jadi kalau untuk menghantar atuk brerti aku terpaksa menyediakan perbelanjaan untuk dua orang. Ini ada masalah sedikit. Aku di waktu itu baru berumah tangga dan memerlukan banyak wang untuk memulakan hidup baru.

Sepuluh tahun selepas ayahku ke Mekah, dia telah jatuh sakit. Sakit yang membawa sebab dan musabab untuk dia meninggalkan dunia ini. Penyakit kencing manis yang diketahuinya semasa pemeriksaan bakal haji sepuluh tahun dulu, kini telah benar-benar merosotkan kesihatannya.

Semasa dia masih hidup dia telah beramanah kepada anak-anaknya supaya jasadnya dikebumikan di Kampung Sungai Keli iaitu kampung kelahirannya. Dia mahu jasadnya disemadikan dalam satu kawasan bersama ibu, ayah dan adik beradiknya. Kampung Sungai Keli terletak di negeri Perak iaitu di seberang pekan Sabak Bernam.

Sebelum dia meninggal dunia dia telah meminta izin dari adik iparnya iaitu adik bongsu emak aku untuk menumpang di rumahnya. Dia memberi tahu pak usu bahawa dia mahu mati berdekatan dengan tanah kuburnya, supaya nanti tidak timbul pertikaian dimana dia patut dikebumikan. Ini kerana banyak orang berpendapat, berdosa mengkebumikan mayat jauh dari tempat kematiannya.

Ayah seolah-olah mengetahui bahawa ajalnya telah hampir menjemputnya. Kami sekeluarga tidak membantah kehendaknya itu tetapi mengikuti sahaja dengan hati yang berat. Sememang ayah ku ini seorang ketua keluarga yang cukup berotoritas. Arahan dan kehendaknya tidak siapa yang berani membantah.

Setelah dua minggu ayah ku di rumah pak usu, pada pukul 3.00 pagi bulan November 1989 dia telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Pergilah dia menghadap tuhannya dengan jasadnya kami semadikan di tanah perkuburan Sungai Keli sepertimana yang telah diamanahkannya.

Tinggallah emak dalam kesugulan kerana suami tempatnya bergantung telah pergi untuk selama-lamanya. Kami adik beradik cuba memberikan keyakinan kepada emak untuk meneruskan hidup walaupun tanpa ayah. Anak-anaknya semua telah besar dan berumah tangga. Kami memberi kebebasan kepadanya memilih rumah anak yang mana yang dia lebih selesa untuk tinggal. Emak masih kebingungan dan tidak tahu untuk membuat keputusan.

Bulan puasa telah hampir tiba. Aku mencadangkan kepada emak untuk pergi ke Mekah membuat umrah bagi mencari ketenangan. Emak nampaknya bersetuju dengan cadangan ku itu tetapi dia memberi pandangan daripada membuat umrah lebih baiklah buat haji kerana bulan haji pun telah hampir.

Aku terus bersetuju dengan cadangan emak itu. Inilah masanya untuk aku memenuhi janji ku kepada atuk untuk menghantarnya ke Mekah bagi melengkapkan rukunnya sebagai seorang Islam. Tetapi masalahnya tidak ada muhrim yang akan menemani emak dan atuk ke Mekah nanti. Aku kemudianya bersetuju untuk membiayai perbelanjaan pak usu supaya dia boleh jadi muhrim kepada emak dan atuk. Tetapi kemudian timbul pula rasa kasihan kepada Mak Usu yang terpaksa ditinggalkan. Melihatkan keadaan itu adik perempuan ku bersedia untuk membiayai sebahagian dari perbelanjaan Mak Usu dan sebahagiannya lagi ditanggung oleh anak-anaknya yang lain.

Memandangkan bulan haji tinggal 4 bulan lagi dan tidak mungkin aku boleh menghantar mereka melalui proses biasa, maka aku membuat keputusan untuk bertemu dengan seorang kawan yang rapat dengan Tan Sri Hamid Othman yang masa itu Menjadi Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal agama Islam.

Dengan pertolongan Tan Sri Hamid Othman itu, mereka telah diberikan tempat untuk menunaikan haji pada tahun itu. Berita gembira ini telah aku sampaikan kepada emak, atuk, pak usu dan mak usu. Tidak dapat aku gambarkan bagaimanakah riangnya perasaan mereka masa itu, terutama atuk yang mana harapanya yang telah hilang itu bersinar kembali. Itulah yang dikatakan rezki yang tidak boleh difikir dan dijangkaui oleh perancangan manusia.

Berkali-kali atuk menyatakan kepada ku, "kalau tidak kerana kamulah, tak kan boleh aku ke Mekah ni, katanya sebagai tanda terima kasihnya.

"Ini semua kerja Allah tuk", Dia yang menentukan segala-galanya, kata ku. "Kalau kita ada rezki akan sampai juga kita", kata ku menambah.

Tanpa aku sedari aku telah melewati pekan Sekincan. Kira-kira 45 minit lagi akan sampailah aku di rumah pak usu. Cuaca masih lagi panas walaupun senja semakin hampir. Aku terus memandu sambil melayan kenangan-kenangan lama yang datang bertandang difikiran ku.TOTANGhttp://www.blogger.com/profile/07754553165851078994noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-1649801509011394337.post-84063702346502432292008-12-19T18:33:00.000-08:002008-12-20T02:20:29.177-08:00Aku Mahu Hantar Atuk Ke MekahMatahari masih memancar terang walaupun hari semakin petang. Aku meneruskan perjalanan dengan hati yang begitu terusik. Kenangan zaman kanak-kanak bermain-main difikiran ku. Wajah tua atuk masih jelas terbayang. Dua bulan yang lalu aku juga melalui jalan ini untuk pergi menatap wajahnya yang terakhir sebelum disemadikan.

Hari ini aku datang lagi tetapi bukan untuk menatap wajah atuk tetapi untuk menghadari kenduri kahwin anak Pak Usu. Aku tidak tahu perasaan orang lain. Perasaan emak, perasaan anak-anaknya, perasaan cucu-cucunya dan perasaan Pak Usu. Apakah mereka merasa kehilangannya. Tetapi aku pasti, aku tidak segembira semalam atau sebelum bertolak tadi. Kini hati ku seolah dibalik-balik oleh kenangan lama.

Semakin perjalanan ku makin hampir dengan rumah Pak Usu, hati ku bertambah sebak. Wajah atuk tidak putus-putus datang bermain difikiran ku. Teringat aku peristiwa 10 tahun dahulu. Umur atuk masa itu dalam 95 tahun tetapi dia belum lagi ke Mekah menunaikan fardhu haji. Dia pun tidak ada lagi menaruh harapan untuk pergi ke sana. Dia tidak nampak ada jalan yang boleh membawanya ke sana. Hendak diharap anak-anak, hidup merekapun sekadar cukup menyambung hidup sahaja.

Diantara 4 orang anak-anaknya hanya emak aku sahaja yang telah pergi menunaikan haji, itu pun atas biaya anak-anak. Aku masih ingat lagi semasa menghantar ayah dan emak ke Mekah dulu. Hati ku sedih kerana tidak dapat menghantar atuk bersama. Maklumlah aku pun bukannya berduit sangat. Dapat menghantar emak dan ayah itu pun sudah seribu rahmat.

Tetapi aku pernah berkata kepada atuk. "Kalau saya ada duit lebih nanti, saya bawa atuk pergi ke Mekah ya", kata ku memujuk hati atuk semasa malam kenduri sebelum ayah dan emak berangkat ke Mekah dulu.

Sebagai orang tua yang usianya hanya menunggu masa untuk dijemput oleh tuhan, hanya ada satu sahaja harapan di dalam hatinya, iaitu dapat menunaikan fardhu haji yang merupakan rukun Islam yang kelima. Kalau boleh semasa menghadap tuhannya nanti biarlah kesemua rukun sebagai orang Islam itu telah dipenuhi. Tetapi apakan daya, belanja untuk memenuhi rukun yang kelima itu terlalu mahal bagi orang yang seperti kami.

"Suka hati engkaulah", katanya dengan nada seperti orang yang putus harapan.
"Aku ni kalau tidak adalah orang yang membawa, tak adalah nampaknya. Dengan apa nak dipergikan, makan pun disuapkan orang", katanya menyambung.

Sedih hati ku mendengar kata-kata atuk itu, tetapi masa itu aku juga tidak tidak punya wang untuk menghantarnya pergi bersama emak dan ayah. Aku sematkan niat ku untuk menghantarnya ke Mekah apabila telah ada wang nanti. Itu pun kalau umurnya panjang kerana semasa emak dan ayah pergi ke Mekah dulu, usia atuk telah pun menjangkau 85 tahun. TOTANGhttp://www.blogger.com/profile/07754553165851078994noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1649801509011394337.post-52751975978947277152008-12-19T07:28:00.000-08:002008-12-19T09:16:13.949-08:00Kegembiraan Yang Hilang.....Jam telah menunjukkan pukul 3.00 petang. Aku masih lagi belum keluar dari rumah. Aku bercadang untuk keluar dari ibu kota sebelum pukul 4.00 petang. Aku tidak mahu bertembung dengan orang-orang yang keluar dari pejabat atau tempat kerja. Nanti parah jadinya tersepit dalam kesesakan. Maklumlah hari ini hari Jumaat dan musim cuti sekolah. Biasanya kereta lebih banyak dari biasa di jalan-jalan luar kota.

Untuk memastikan aku tidak terjebak dalam kesesakan nanti, lantas aku capai bag pakaian yang telah aku siapkan sejak malam tadi dan menghumbannya ke dalam kereta. Injin kereta aku hidupkan dan aku mulakan perjalanan ku menuju ke kampung.

Besuk Pak Usu akan membuat kenduri kahwin anak bongsunya. Inilah anak saudara emak aku yang paling bongsu sekali dari semua anak-anak saudaranya. Selepas ini tidak ada lagi kenduri kahwin untuk sepupu-sepupu ku. Sebab itu beria benar aku mahu pulang ke kampung menghadiri majlis kenduri itu.

Sebelum aku bertolak tadi, dua tiga orang sepupu ku menalipon, bertanyakan samada aku balik atau pun tidak. Mereka kebanyakannya telah pun berada di kampung kerana mengambil cuti hari ini. Emak aku awal-awal lagi telah pulang. Maklumlah ini merupakan kenduri kahwin penutup bagi anak adiknya. Pak Usu pun memang mahukan emak datang lebih awal. Bukan dia mahu emak ku membantu membuat kerja tetapi mungkin dia mahu menimbulkan suasana meriah sebelum majlis itu berlansung.

Tiba-tiba aku tersentak dari lonjakkan kegembiraan yang bermain-main difikiran untuk melihat kampung yang jarang-jarang aku kunjungi. Baru aku sedar pulangnya aku ke kampung kali ini aku tidak lagi dapat menatap wajah tua yang sering menanti setiap kali kepulangan ku.

Baru dua bulan yang lalu nenek ku yang aku panggil "atuk" pergi mengadap tuhannya dalam usia yang begitu lanjut. Usia masa kematiannya ialah 105 tahun. Mungkin dia merupakan orang yang paling tua di daerah Sabak Bernam pada masa itu.

Tiba-tiba hati ku jadi sebak bila teringatkannya. Kalau dia masih ada tentu masa ini dia akan bertanya-tanya pada cucu-cucunya yang lain, adakah aku telah sampai atau belum. Antara puluhan cucu-cucunya, akulah yang paling dekat di hatinya.

Sejak suaminya meninggal, atuk duduk dengan Pak Usu kerana Pak Usulah satu-satu anak lelakinya dan Pak Usu juga tidak mahu atuk duduk di rumah anak-anak yang lain.Pada hari raya setiap tahun, biasanya hari raya yang kedua aku akan datang menziarahinya. Ini kerana jarak rumah emak dengan rumah Pak Usu lebih kurang 100 km.

Mak Usu selalu bercerita, bila masak sahaja ketupat pada petang raya, atuk akan sebuk mencari bekas untuk mengasing ketupat yang akan disimpankannya untuk aku. Pernah satu kali dia simpan ketupat itu sampai basi kerana aku tidak datang. Namun dia tetap tidak memberikannya kepada orang lain.

Begitulah sayangnya dia kepada aku tetapi cucu-cucu yang lain memahami kenapa atuk sangat menyayangi aku. Mereka juga tidak kisah kalau atuk melebihkan aku dari cucu-cucu yang lain kerana selama hidupnya aku banyak memberi perhatian kepada atuk. Malah setelah matinya pun aku masih memberi keutamaan padanya. Minggu lepas aku telah menempah batu nisan yang diperbuat dari batu marmar untuk diletakkan di pusaranya pada cuti perayaan Tahun Baru Cina nanti.

Jam di kereta ku menunjukkan puluk 4.00 petang. Aku sekarang telah melewati pekan Sungai Buloh dan sedang menghampiri Bandar Kuala Selangor. Kereta di atas jalan tidak begitu banyak dan ini menyebabkan perjalanan ku menjadi lancar. Satu jam lagi akan sampailah aku di rumah Pak Usu. Tetapi hati ku tiba-tiba sahaja jadi kosong. Lonjakan kegembiraan sebelum bertolak tadi hilang entah kemana.

TOTANGhttp://www.blogger.com/profile/07754553165851078994noreply@blogger.com0